 | AHLAN WAHSALAN WAMARHABAN BIKUM.. | Jun 19, 2007 |
"KERANA SYAHADAH AKU DA'IE" Assalamualaikum,,&nssp: syukran jazilan coz sudi lawati blog ana,, salam ukhwafillah ana ucapkan bagi sahabat2, moga ikatan yg terbina atas dasar aqidah yg sama ini mendapat keberkatan dan berkekalan hingga ke syurga Allah.. Sekadar pesanan buat sahabat2 yg bergelar muslimah moga kita dapat membentuk peribadi seorang MUSLIMAH ISLAM yg sentiasa dahagakan cinta dariNYA.. "Seindah Mawar Berduri" wanita Islam dengan Tuhannya, wanita Islam dengan dirinya , wanita Islam dengan kedua ibubapanya, wanita Islam dengan suaminya, wanita Islam dengan anak- anak dan menantunya, wanita Islam dengan dengan jirannya, wanita Islam dengan saudara dan sahabatnya. wanita Islam sebagai pekerja professional "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah."HR Muslim Wanita ibarat bunga... cantik indahnyapada pandangan mata hanya sementara... Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya... kerana akhlaq itu umpama bunga diri.. Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk.. tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu... Ibarat bunga.. ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya... Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan... Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar.. tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya.... Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah. Kerana itulah... Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah... Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang berhemah.. sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.. sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang... dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya... Firman ALlah dalam surah an-Nisa', ayat 24 yang bermaksud... "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun." Wanita Menurut Perspektif Islam Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi. Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari redha Allah (Mardhatillah). Allah telah berfirman, "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun." An-Nisaa : 124 Rasulullah juga turut menyuruh umatnya supaya memperlakukan wanita sebaik-baiknya sebagaimana sabda baginda yang bermaksud : "Mereka yang paling sempurna dikalangan mereka yang ikhlas adalah mereka yang mempunyai akhlak yang terbaik dan yang terbaik dikalangan kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya." HR At-Tirmidzi Rasulullah saw telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud.... "Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." Al-Bukhary dan Muslim Terdapat perbezaan diantara pembawaan lelaki dan wanita yang tidak boleh dinafikan. Wanita secara fizikalnya lebih lemah dari kamu lelaki, oleh itu mereka tidak dapat melindungi diri mereka dengan kekuatan mereka sendiri. Fitrah telah mengurniakan kepada wanita dua ciri iaitu kedegilan dan rasa malu yang merupakan dua senjata ampuh yang digunakan untuk memelihara diri mereka. Nilai sebenar wanita dalam Islam amat bertentangan dengan apa yang diperjuangkan oleh wanita Barat. Nilai wanita bukan terletak pada fesyen pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan. Di setiap permulaan qalam...diucapkan setulus salam... dilafazkan syukur buat KEKASIH HATI... YA ALLAH! di saat aku punya gelisah di saat aku miliki payah di saat aku menghadapi musibah KAU hadir memberi kekuatan KAU hampir,menghulur ketabahan KAU tiupkan semangat dan kecekalan agar aku tega pada sebuah cabaran agar aku utuh pada sebuah halangan teruskan YA ALLAH! Dampingi aku! Dekati jiwaku! Tiupkan rohku dengan semangat perjuangan untuk mendekati-Mu! Serukan jiwa dan naluriku agar sentiasa kuat menghadapi ranjau di hadapan... Jangan biarkan aku sendirian... wahai CINTAKU... bagai terasa KAU di hati bagai terdengar KALAM-MU beralun pada setiap angin yang menderu... akankah tertunai permintaanku? akankah termakbul pohonan restu-MU? andai benar lah... bertuahnya aku merasai tempiasnya kasih-MU walau hanya secebis cuma... takkan ku biarkan hatiku dihinggapi yg bukan haq akan ku ajar jiwaku dari lalai mencintai dunia dan isinya akan ku didik aqalku dari tunduk kepada nafsuku YA ALLAH! benarlah...cinta-MU adalah segala-galanya.... segala-galanya tentang kebahagiaan yang didambakan... hingga sering ku tertanya...alangkah bahagianya andai mampu ku menjadi sehebat RABI'ATUL ADAWIYYAH... menyujud cinta jiwa dan raga hanya pada-MU... biarlah hatiku bersih dari cinta yang melalaikan....   | SWEET MeMorY'S | Aug 3, 2007 |
mujahidah 16 Photos, 3 comments
MUSLIMAT 1 Photo, 1 comment
Photo Album 2007-06-19 5 Photos, 1 comment
INDAHNYA 1 Photo
|
 |  | sahabatKU.. | Jul 23, 2007 |
Assalamualaikum w.b.t. Bacalah dan Hayati Setiap Baris Kata Cerita Dibawah..... Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid yang kejut adik. Adik mengantuk sangat. Adik tarik gebar semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila nampak adik tidur... more  | nasyid ... | Jun 20, 2007 |
syikin's favorite playlists: | | Jun 20 | - | nasyid |
  | Links | |
  |  |   | Guestbook | |
 | assalamu'alaiku ukhty salam jihad dan perjuangan |
 | assalamu'alikum salam ukhuwah |
 | Assalamualaikum... salam ukhwah fillah |
 | salam sahabatku...smg sihat sentiasa di samping anak2 murid tercinta.. salam maal hijrah.. smg thn ini dapat membentuk diiri kita mjadi mukmin yg lebih sempurna..I"Allah.. semalam adalah kenangan...hari esok adalah ketentuan hidup mesti diteruskan..Quran dan Sunnah jd ikutan! |
 | Assalamu'alaikum salam ukhuwah |
 | Salam. Tlg bg akaun no BANK MUAMALAT & no I/C skali. Syukran... Name penoh.... TAKBIR! |
 | assalamu alaikum salam ukhuwah, makasih ta'arufnya |
 | Assalamualaikum.......... |
 | assalamualaikum............ sahabatku, insyirah....... moga ukhuwah fillah yg terbina ini akn mdpt barakah dan keredhaan dr allah s.w.t. doakan bersama, moga ukhuwah ini kekal hingga hari qiamat. walau jauh di mata, tp dkt di hati..... |
 | salamualaik.. Teruskan perjuangan.. |
 | “Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan - Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (QS.Al Hadid: 22 - 23) |
   |
| |